Selamat Datang ! !

Wednesday 28 December 2011

Simbol KEJAYAAN UNTUK SYAITAN.....



    Gambar tangan di atas adalah keratan dari Kamus Webster terjemahan Inggeris-inggeris. Menurut Texe Marrs, kamus versi Webster hanya menyatakan simbol tangan itu sebagai simbol V tetapi tidak pula menerangkan maksud V seperti perkataan Vulcanism, Vulcanize dan Vulgar yang terdapat pada sebelah kiri gambar. Namun begitu, perkataan Vulcan sendiri adalah bermaksud dewa purba berkaitan Tuhan Api dan kemusnahan.
    Dr.Cathy Burns menerangkan di dalam bukunya yang bertajuk Masonic and Occult Symbols Illustrated (1998), bahawa dua jari yang terbuka ke atas merujuk kepada amalan-amalan dalam ajaran Freemason dan Gnostic Law of Oppasites. Menurutnya lagi, dua jari itu menggambarkan dua ciri yang ditonjolkan itu baik dan jahat, syurga dan neraka. Selain itu, simbol ini juga dianggap sebagai perlambangan tanduk Baphomet iaitu tuhan berkepala kambing yang dipuja golongan pengamal ajaran kesyaitanan.




   Potret hakim zaman Athens purba iaitu Dionysius the Areopagite (gambar kanan) sedang menunjukkan isyarat  V atau kejayaan untuk syaitan. Menurut sejarah, Dionysius telah memeluk agama Kristian selepas mendengar syarahan-syarahan agama daripada paderi berbangsa Yahudi iaitu Apostle Paul.
   Menurut Marrs, Dionysius merupakan pembawa ajaran mistik di dalam Kristian dan dia juga dikatakan penulis buku kepada buku mistik yang bertajuk The Mystical Divinity. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Manly P.Hall, ahli Freemason peringkat 33 darjah di dalam bukunya yang bertajuk Mystic and Mysterious of Alexandria (1998)..

No comments:

Post a Comment