Selamat Datang ! !

Tuesday 13 December 2011

Awasi sifat EGO dan BERSEDERHANALAH

Firman Allah Azzawajalla:
 Maksudnya: Janganlah engkau palingkan pipi (muka) engkau terhadap manusia (kerana sombong), dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur lagi membanggakan diri.
                                                            (Surah Luqman 31:18)

Seterusnya Luqman mengingatkan anaknya,"Janganlah palingkan mukamu daripada manusia lantaran kesombongan dan keegoanmu terhadap mereka, sebaliknya temuilah mereka dengan wajah yang ceria dan berseri-seri tanpa ada rasa takabbur dan meninggi diri. Janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini dalam keadaan yang angkuh kerana sifat tersebut antara perkara yang menjadi kemurkaan Allah Azzawajalla.

Bersederhanalah pada setiap langkahmu. Janganlah menunjuk sifat lemah dan tidak berdaya ketika berjalan dan terkinja-kinja seperti orang nakal."


Allah berfirman lagi:
Maksudnya: Dan lunakkanlah suaramu sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.
                                                       (Surah Luqman 31:19)

Allah Azzawajalla melarang kaum Musyrikin meninggi-ninggikan suara. Mereka sentiasa bermegah-megah dengan suara mereka. Oleh kerana setiap tuntutan atau tegahan terhadap orang kafir dan Musyrikin dalam Al-Quran turut menjadi kewajipan kepada orang Islam untuk diambil ikhtibar.
"Kaum Muslimin juga dituntut supaya merendahkan nada suara."

Meninggi suara adalah tanda seseorang itu telah terpedaya, hanya mementingkan diri dan tidak prihatin terhadap orang lain. 
Apa yang dimaksudkan dengan sederhana di sini ialah tidak melantangkan suara hingga boleh menimbulkan kemarahan orang lain dan tidak pula terlalu perlahan sehingga langsung tidak kedengaran. Sebaik-baik perkara ialah pertengahan.

"Sesiapa yang mengangkat suaranya tanpa ada sebab musabab adalah menyerupai keldai dan seburuk-buruk suara adalah teriakan keldai. Orang Arab mengumpamakan keldai dengan sifat yang tercela dan kebodohan.." (Ruh al-Ma'ani: 7/139)


"Menyederhanakan suara melambangkan adab yang murni, kepercayaan diri dan keyakinan pada perkara yang disuarakan.".
                                                                             
BERISTIGHFAR dan BERDOA laa kepada ALLAH S.W.T.
                                                                                                     

No comments:

Post a Comment