Selamat Datang ! !

Sunday 18 December 2011

ORANG YANG MENGUMPAT DAN MENGADU DOMBA..!!

Assalamualaikum kpada yg membaca...hari ni aku nk cerita pasal tajok ni..sbb aku tngok ramai sangat yang buat.. Isshh2...cerita dia camni.."kemarin aku p kedai dengan adik aku..(besa laa..cuci mata.) hehehe..pastu aku singgah kat 1 satu kedai ni..ada laa sorang mak cik tua ni dok kata kt anak orang..dlam hati nurani aku kata blik kat dia..hahaha..'mak cik dah la tua,,menghitung hari jaa nk mati,, ada hati nak kata kat anak orang..'.punya laa lama mngumpat pasal bdak tu..aku kluar,,start moto dan p kdai lain..aku baru nak ceramah kat mak cik tua tu,,tapi adik aku nak blik dah..aku dah pikir da nak ceramah pa "..baca ni...=]
Jangan buat macam ini..


Imaam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya bersumber dari Hudzaifah r.a yang mendengar Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "Tidaklah akan masuk Syurga orang yang mengumpat."


Dalam kitab sahih Muslim juga terdapat Hadith sumber Hammaam B.Al-Haarith yang menceritakan : "Adakah kami sedang duduk bersama Hudzaifah dalam Masjid An-Nabawi. Tiba-tiba datanglah seorang lelaki di mana akhirnya dia duduk bersama kami. Maka ada seseorang yang berkata kepada Hudzaifah : "Sesungguhnya orang ini akan menyampaikan sesuatu kepada penguasa.". Maka Hudzaifah menyampuk : "Ya..orang ini ingin menjadikan penguasa mendengar kata-katanya. Saya sendiri pernah mendengar Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "Tidaklah akan masuk Syurga orang yang mengadu-domba (melaga-lagakan manusia)."



Menurut Imaam An-Nabawi semasa menghuraikan Hadith ini : Qattaat ialah "nammaam" dan "namiimah" iaitu orang yang memindahkan percakapan sebahagian orang kepada sebahagian yang lain dengan bermaksud merosakkan mereka.
Qattaat itu ada hubungan dengan naammam ; tetapi dia berbeza ; kerana naammam (pengumpat) itu memindahkan percakapan yang didengarinya oleh penuturnya ; maka qattaat iti mengintai percakapan manusia tanpa diketahui penuturnya, kemudian dia memindahkan percakapan itu untuk merosakkan hubungan antara mereka..
( Sumber rujukan dari 80 sebab Manusia Masuk Neraka)

No comments:

Post a Comment