Selamat Datang ! !

Wednesday 28 December 2011

Simbol KEJAYAAN UNTUK SYAITAN.....



    Gambar tangan di atas adalah keratan dari Kamus Webster terjemahan Inggeris-inggeris. Menurut Texe Marrs, kamus versi Webster hanya menyatakan simbol tangan itu sebagai simbol V tetapi tidak pula menerangkan maksud V seperti perkataan Vulcanism, Vulcanize dan Vulgar yang terdapat pada sebelah kiri gambar. Namun begitu, perkataan Vulcan sendiri adalah bermaksud dewa purba berkaitan Tuhan Api dan kemusnahan.
    Dr.Cathy Burns menerangkan di dalam bukunya yang bertajuk Masonic and Occult Symbols Illustrated (1998), bahawa dua jari yang terbuka ke atas merujuk kepada amalan-amalan dalam ajaran Freemason dan Gnostic Law of Oppasites. Menurutnya lagi, dua jari itu menggambarkan dua ciri yang ditonjolkan itu baik dan jahat, syurga dan neraka. Selain itu, simbol ini juga dianggap sebagai perlambangan tanduk Baphomet iaitu tuhan berkepala kambing yang dipuja golongan pengamal ajaran kesyaitanan.




   Potret hakim zaman Athens purba iaitu Dionysius the Areopagite (gambar kanan) sedang menunjukkan isyarat  V atau kejayaan untuk syaitan. Menurut sejarah, Dionysius telah memeluk agama Kristian selepas mendengar syarahan-syarahan agama daripada paderi berbangsa Yahudi iaitu Apostle Paul.
   Menurut Marrs, Dionysius merupakan pembawa ajaran mistik di dalam Kristian dan dia juga dikatakan penulis buku kepada buku mistik yang bertajuk The Mystical Divinity. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Manly P.Hall, ahli Freemason peringkat 33 darjah di dalam bukunya yang bertajuk Mystic and Mysterious of Alexandria (1998)..

Sunday 18 December 2011

ORANG YANG MENGUMPAT DAN MENGADU DOMBA..!!

Assalamualaikum kpada yg membaca...hari ni aku nk cerita pasal tajok ni..sbb aku tngok ramai sangat yang buat.. Isshh2...cerita dia camni.."kemarin aku p kedai dengan adik aku..(besa laa..cuci mata.) hehehe..pastu aku singgah kat 1 satu kedai ni..ada laa sorang mak cik tua ni dok kata kt anak orang..dlam hati nurani aku kata blik kat dia..hahaha..'mak cik dah la tua,,menghitung hari jaa nk mati,, ada hati nak kata kat anak orang..'.punya laa lama mngumpat pasal bdak tu..aku kluar,,start moto dan p kdai lain..aku baru nak ceramah kat mak cik tua tu,,tapi adik aku nak blik dah..aku dah pikir da nak ceramah pa "..baca ni...=]
Jangan buat macam ini..


Imaam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya bersumber dari Hudzaifah r.a yang mendengar Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "Tidaklah akan masuk Syurga orang yang mengumpat."


Dalam kitab sahih Muslim juga terdapat Hadith sumber Hammaam B.Al-Haarith yang menceritakan : "Adakah kami sedang duduk bersama Hudzaifah dalam Masjid An-Nabawi. Tiba-tiba datanglah seorang lelaki di mana akhirnya dia duduk bersama kami. Maka ada seseorang yang berkata kepada Hudzaifah : "Sesungguhnya orang ini akan menyampaikan sesuatu kepada penguasa.". Maka Hudzaifah menyampuk : "Ya..orang ini ingin menjadikan penguasa mendengar kata-katanya. Saya sendiri pernah mendengar Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "Tidaklah akan masuk Syurga orang yang mengadu-domba (melaga-lagakan manusia)."



Menurut Imaam An-Nabawi semasa menghuraikan Hadith ini : Qattaat ialah "nammaam" dan "namiimah" iaitu orang yang memindahkan percakapan sebahagian orang kepada sebahagian yang lain dengan bermaksud merosakkan mereka.
Qattaat itu ada hubungan dengan naammam ; tetapi dia berbeza ; kerana naammam (pengumpat) itu memindahkan percakapan yang didengarinya oleh penuturnya ; maka qattaat iti mengintai percakapan manusia tanpa diketahui penuturnya, kemudian dia memindahkan percakapan itu untuk merosakkan hubungan antara mereka..
( Sumber rujukan dari 80 sebab Manusia Masuk Neraka)

Wednesday 14 December 2011

BERSABAR...

Assalamualaikum...hmmmm....tajuk di atas ini bersangkut-paut dengan aku jugak SEMALAM..si DIA buat masalah lagi dengan aku yang kali ke-2 dengan budak itu.. Si DIA ingat yang aku xkan tau pasal dia an..
tapi DIA tu jantong hati aku..I LOVE HER VERY MUCH...sooo..aku kena sabar dan memaafkan DIA..aku pun sedar yang aku ni xlaa seberapa sangat..aku pham.!! aku pun ada buat masalah dengan DIA tapi xdak laa sampai 2kali benda yang sama..={ hmmmmmmmmm....Baca laa di bawah ini tentang WASIAT LUQMAN AL-HAKIM tentang SABAR dan MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG..:


Luqman menasihatkan anaknya supaya bersabar atas semua perkara yang dibenci yang menimpa diri. Ini ternasuklah musibah yang datang daripada ALLAH S.W.T untuk menguji diri, harta, suami isteri dan anak-anak, juga musibah yang berpunca daripada kerenah masyarakat yang membenci pendakwah yang menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, serta mengajak manusia ke agama ALLAH iaitu Islam..
Inilah ayat yang diterangkan melalui ayat 17, surah Luqman : 
Maksudnya : Dan bersabarlah di atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara-perkara yang perlu diambil berat melakukannya.

"Secara jelas dapat difahami bahawa sabar menahan musibah memerlukan kepada kemahuan, kesungguhan dan azam yang mantap.." 

Perempuan Membogel

Tajuk ini bukan pasal perempuan bogel yang betul, tapi hanya diumpamakan sahaja. Perkara ini memang selalu berlaku pada akhhir-akhir zaman camni..Nauzubillahi Min Zalik..Astaghfirullahalazim..Baca di bawah ini..:


Imaam Muslim dalam kitab Sahihnya mendedahkan Hadith sumber Abu Hurairah r.a yang memberitakan Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Ada dua orang bakal menjadi penghuni Neraka:
* Pertama-golongan penguasa yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang (maksudnya ialah penguasa yang zalim)
* Kedua-perempuan yang hanya berpakaian tetapi (sebenarnya dikira) bertelanjangberlenggang-lenggok bahu waktu berjalan (menghayun bahu), kepala (sanggul) mereka bagaikan bonggol unta yang senget.
Kedua-dua golongan ini tidaklah akan masuk Syurga dan tidaklah akan tercium bau wanginya, bau Syurga itu sudah tercium dari perjalanan sekian dan sekian (amat jauh terhidunya)"....

Tuesday 13 December 2011

Awasi sifat EGO dan BERSEDERHANALAH

Firman Allah Azzawajalla:
 Maksudnya: Janganlah engkau palingkan pipi (muka) engkau terhadap manusia (kerana sombong), dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur lagi membanggakan diri.
                                                            (Surah Luqman 31:18)

Seterusnya Luqman mengingatkan anaknya,"Janganlah palingkan mukamu daripada manusia lantaran kesombongan dan keegoanmu terhadap mereka, sebaliknya temuilah mereka dengan wajah yang ceria dan berseri-seri tanpa ada rasa takabbur dan meninggi diri. Janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini dalam keadaan yang angkuh kerana sifat tersebut antara perkara yang menjadi kemurkaan Allah Azzawajalla.

Bersederhanalah pada setiap langkahmu. Janganlah menunjuk sifat lemah dan tidak berdaya ketika berjalan dan terkinja-kinja seperti orang nakal."


Allah berfirman lagi:
Maksudnya: Dan lunakkanlah suaramu sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.
                                                       (Surah Luqman 31:19)

Allah Azzawajalla melarang kaum Musyrikin meninggi-ninggikan suara. Mereka sentiasa bermegah-megah dengan suara mereka. Oleh kerana setiap tuntutan atau tegahan terhadap orang kafir dan Musyrikin dalam Al-Quran turut menjadi kewajipan kepada orang Islam untuk diambil ikhtibar.
"Kaum Muslimin juga dituntut supaya merendahkan nada suara."

Meninggi suara adalah tanda seseorang itu telah terpedaya, hanya mementingkan diri dan tidak prihatin terhadap orang lain. 
Apa yang dimaksudkan dengan sederhana di sini ialah tidak melantangkan suara hingga boleh menimbulkan kemarahan orang lain dan tidak pula terlalu perlahan sehingga langsung tidak kedengaran. Sebaik-baik perkara ialah pertengahan.

"Sesiapa yang mengangkat suaranya tanpa ada sebab musabab adalah menyerupai keldai dan seburuk-buruk suara adalah teriakan keldai. Orang Arab mengumpamakan keldai dengan sifat yang tercela dan kebodohan.." (Ruh al-Ma'ani: 7/139)


"Menyederhanakan suara melambangkan adab yang murni, kepercayaan diri dan keyakinan pada perkara yang disuarakan.".
                                                                             
BERISTIGHFAR dan BERDOA laa kepada ALLAH S.W.T.